Wednesday 17 August 2011

Muka Ada Senyum!!

Muka ada senyum.Kenapa gua suka sangat dengan ayat tu?Senang.Gua memang selalu tersenyum.Bukan gua gila.Islam sendiri cakap senyum tu satu sedekah.Gua bukan anak orang kaya boleh sedekah berpuluh puluh ribu.So dengan cara paling mudah dan senang serta menguntungkan,gua senyum selalu.:D

Banyak faedah bila selalu senyum.Macam gua yang tak dapat masuk The Biggest Loser dan exercise yang paling super duper simple adalah exercise muka dengan senyum.Pasal tu muka gua memang nampak muda selalu x macam Ashley Young ( gua memang anti sikit ngan MU ) nama je muda tapi muka tak muda pun.p/s:Tata Young dengan Ashley Young bukan adik beradik.:D
                                                    
                                   Ashley Young ( bukan Tata Young )

Tak kisahlah orang tua muda,laki perempuan,handsome lawa,gua senyum.Nanti kalau tak senyum,buat muka ketat kata kurang ajar,nak cari gaduh (minded orang sekarang,sume nak jadi taiko ).Yela,sekarang sume nk jadi macam dalam KL Gangster (banyak kali gua ulang cerita nie,x bosan bosan) pantang ada silap,sume nk langgar.:D

Nak tahu kenapa gua cakap senyum nie menguntungkan?Meh sini.Gua nak story.Cuba lu orang pikir (always think positive ) kalau senyum kat orang tua,mesti die orang akan cakap "manisnya kurma ini" eh silap,mestila paklong dengan maklong tu cakap "bagus budak nie,pandai mak bapak die ajar".Sapa yang bangga?Lu jugak kan.Kalau boboy/gegurl (nie aku belajar dari kak nad ) senyum kt gegurl/boboy,kan dah maju kehadapan dalam mendirikan masjid (senyum sama senyum,suka sama suka,last last kahwin,insyaallah ) sapa yang untung?Lu orang jugak kan.:D

Sebenarnya gua nak cakap sebab apa muka gua ada senyum.Sebab jadi jugak gua buat blog walaupun masih lagi hijau dalam arena penulisan nie.Memang gua suka baca blog orang lain yelah kerajaan sendiri dah cakap jadikan membaca itu suatu amalan,so sebagai rakyat Malaysia yang waras akal fikiran nya gua pun membaca blog blog orang lain.Dan dari situ terhasil lah blog gua sendiri.Gua tak marah kalau ada abang dengan kakak senior dalam arena menulis blog ini nak memberi kritikan kerana dari situ gua boleh tahu dimana gua perlu perbaiki lagi.:D

Shit la!Asal nak tulis sikit je,tapi memandangkan mulut gua macam tak boleh berhenti bercakap dah jadi panjang nie.Dari gua mengarut pasal apa plak kang,better be safe than sorry ( bukan sorry sorry super junior ) baik gua stop sampai sini saja.Gua nak kena catch flight pergi Nou Camp.Malam nie gua ada game dengan Real Madrid.Harap harap boleh score.:D

3 comments:

  1. Nice oneee. Even pasal senyum pun kau boleh hurai banyak. Truly. Terbaik! :D

    First follower,first comment. Good luck in your blogging weh! First entry pun dah mula terbaik ni :D

    All the best :D

    ReplyDelete
  2. ko punya first entry ni best bro...
    all da best k! =)

    You'll Never Walk Alone,haha

    ReplyDelete
  3. Memang rasa boleh buat yg lebih baik lg.Tapi dah first time buatkan so inilah hasilnya.Harap dapat improve dalam masa akan datang.Mintak tunjuk ajar.:D

    ReplyDelete