Wednesday 17 August 2011

Tudung,Rokok Dan Puasa

Ibarat meludah ke langit,kena pada muka sendiri.Bukan untuk mengutuk sesiapa.Sekadar tatapan umum.Maaf dipinta jika ada yang tersinggung perasaan.Sekadar menjadi peringatan kepada diri sendiri dan orang lain supaya tidak menjadi seperti lalang yang ditiup angin dan kata paku yang serpih mengata orang yang dia lebih.

Tudung,rokok dan puasa.Benda yang gua rasa memang sinonim dengan gua bila tiba bulan ramadhan yang mulia nie.Kenapa?Sebab die mudah.Melibatkan kaum adam dengan hawa.Tak ada pun melibatkan puak avatar mahupun puak predator ( selalu datang bumi tapi tak pernah puasa kt sini,apa kes ).

Lazimnya ramai yang mengaitkan bulan ramadhan yang mulia nie adalah bulan yang terbaik untuk golongan perokok untuk berhenti merokok ( awek mana yang suka balak die hisap rokok ).Memang betol,kalau siang boleh tahan,kenapa malam dah macam kapal titanic gua tengok sekali 3 batang lu hisap?( malu kat awak ).Tapi selalunya kaum hawa lah selalu cakap kt kaum adam macam nie.Tapi sampai sekarang gua masih tak faham.Dengan selamba je lu cakap kt kaum gua macam tu,memang la panas hati mamat tu ( lagilah panas kalau time tu tengah sedut  menyedut ).Sebelum cakap,lain kali cermin diri sendiri dulu gua nk bagitau awal awal ( jangan guna side mirror ).

Kenapa gua cakap macam tu?Iyelah,lu cakap macam tu tapi rambut lu gua tgk dah mengerbang macam cerita Tolong Awek Aku Pontianak ( kelakar gile cerita nie ).Lain kali,sebelum lu sound lu punya balak kasi pakai tudung macam Hana Tajima ( memang aku minat style die bertudung ) barulah balak lu pakai serban ngan jubah keluar date dengan lu.Lain kali kalau awek lu marah lu merokok,lu azankan die bab bertudung.Konpem malam tu lu wat super saver calling tangkap cintan.

Gegurl:Boboy nie,doa nak berbuka puasa pandai,tapi yang bangang sangat berbuka dengan Malboro soft pack kejadahnye?
Boboy:Kau tak layak nak azankan aku.Aku rasa kau lagi teruk dari aku.Tak sesuai.Tutup rambut dengan tudung dulu,baru boleh sekolahkan aku.

                                             kan cantik bertudung

Setel bab tudung dan rokok.Bab puasa plak.Kenapa gua cakap sama je bermasalah kaum adam dengan hawa nie?Sememangnye yang kita tahu kaum hawa memang Allah S.W.T dah menyediakan MC pada die orang.Gua tak kisah pun lu tak boleh berpuasa,yang lu pergi bantai makan MCD depan gua ap kes?Bukan gua marah lu tak bagi gua sikit at least hormat la orang lain sedang berpuasa.Tak hormat gua tak kisah pun,gua bukan baik sangat.Yang kaum adam pun sama la jugak.Boleh la plak lalu depan orang ramai bawak polisterine sambil Muka Ada Senyum.Ada jugak gua invite die jadi guest dalam video klip terbaru gua Kakiku Dibibir Mu ( dah offer kt justin bibir die tak nak ).Takkan bawak polisterine dalam tu ada kad topup plak kan.Cover la sikit ( malu kat awak ).

Gua bukan ada niat nak melukakan hati sesiapa (niat dihati nak melukakan hati sendiri ).Maklumlah,gua pun baru je dalam astro arena blogging nie.Istilah dalam blogging pun tak taw ( malu kat awak ).Sesiapa yang sudi nak ajar tu,dialu alukan.Nie pun masih lagi dalam percubaan mencari identiti sendiri.So kalau agak mengarut penulisan gua,komen lah kat bawah tu.Nanti boleh la gua bawak budak gua bantai lu ( melawak je ).Dengan komen lu orang la gua boleh tahu apa yang tak betol dengan blog gua nie.Baju dah banyak gua nak basuh baju dulu ( tak percaya kat washing machine ).Assalamualaikum.




                                             arwah baik orangnye.

Muka Ada Senyum!!

Muka ada senyum.Kenapa gua suka sangat dengan ayat tu?Senang.Gua memang selalu tersenyum.Bukan gua gila.Islam sendiri cakap senyum tu satu sedekah.Gua bukan anak orang kaya boleh sedekah berpuluh puluh ribu.So dengan cara paling mudah dan senang serta menguntungkan,gua senyum selalu.:D

Banyak faedah bila selalu senyum.Macam gua yang tak dapat masuk The Biggest Loser dan exercise yang paling super duper simple adalah exercise muka dengan senyum.Pasal tu muka gua memang nampak muda selalu x macam Ashley Young ( gua memang anti sikit ngan MU ) nama je muda tapi muka tak muda pun.p/s:Tata Young dengan Ashley Young bukan adik beradik.:D
                                                    
                                   Ashley Young ( bukan Tata Young )

Tak kisahlah orang tua muda,laki perempuan,handsome lawa,gua senyum.Nanti kalau tak senyum,buat muka ketat kata kurang ajar,nak cari gaduh (minded orang sekarang,sume nak jadi taiko ).Yela,sekarang sume nk jadi macam dalam KL Gangster (banyak kali gua ulang cerita nie,x bosan bosan) pantang ada silap,sume nk langgar.:D

Nak tahu kenapa gua cakap senyum nie menguntungkan?Meh sini.Gua nak story.Cuba lu orang pikir (always think positive ) kalau senyum kat orang tua,mesti die orang akan cakap "manisnya kurma ini" eh silap,mestila paklong dengan maklong tu cakap "bagus budak nie,pandai mak bapak die ajar".Sapa yang bangga?Lu jugak kan.Kalau boboy/gegurl (nie aku belajar dari kak nad ) senyum kt gegurl/boboy,kan dah maju kehadapan dalam mendirikan masjid (senyum sama senyum,suka sama suka,last last kahwin,insyaallah ) sapa yang untung?Lu orang jugak kan.:D

Sebenarnya gua nak cakap sebab apa muka gua ada senyum.Sebab jadi jugak gua buat blog walaupun masih lagi hijau dalam arena penulisan nie.Memang gua suka baca blog orang lain yelah kerajaan sendiri dah cakap jadikan membaca itu suatu amalan,so sebagai rakyat Malaysia yang waras akal fikiran nya gua pun membaca blog blog orang lain.Dan dari situ terhasil lah blog gua sendiri.Gua tak marah kalau ada abang dengan kakak senior dalam arena menulis blog ini nak memberi kritikan kerana dari situ gua boleh tahu dimana gua perlu perbaiki lagi.:D

Shit la!Asal nak tulis sikit je,tapi memandangkan mulut gua macam tak boleh berhenti bercakap dah jadi panjang nie.Dari gua mengarut pasal apa plak kang,better be safe than sorry ( bukan sorry sorry super junior ) baik gua stop sampai sini saja.Gua nak kena catch flight pergi Nou Camp.Malam nie gua ada game dengan Real Madrid.Harap harap boleh score.:D